Kamis, 15 Juli 2010

oRiD™widget: [wiDget] Jam RED Akhwat

oRiD™widget: [wiDget] Jam RED Akhwat

sya'ban bulan mulia



Welcome Sya'ban : )

Bismillah..

Assalamu’alaikum..

Sudah masuk bulan Sya’ban teman-teman..
Then, let’s greet Sya’ban ^_^

Sya'ban adalah bulan di mana segala amalan kita diangkat kehadapan Allah SWT, tepatnya yaitu pada pertengahan bulan Syaban002E

Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

Usman bin Zaid menceritakan: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan (Sya’ban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan di angkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW.
bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Puasa Hari Senin
Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a.
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari senin yang terakhir dalam bulan Sya’ban akan diampunkan dosanya.”

Puasa Hari Khamis
Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya’ban dan Khamis terakhir bulan Sya’ban, akan dimasukkan ke dalam Syurga.

Puasa Sehari
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya’ban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.

Puasa Tiga Hari
Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya’ban dan berselawat ke atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.

Puasa Sebulan Sya’ban
Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya’ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul-maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkan baginya

At last... Iman itu bercabang-cabang, surga itu bertingkat-tingkat, pintunya pun banyak, banyak cara berbeda yang dapat kita buat untuk mencapainya. Semua tergantung pada kemampuan kita masing-masing. Amalan, jika tidak dapat dilakukan semuanya, maka jangan pula ditinggalkan semuanya.
Lakukan semampu kita saja, yang terpentingkan niat didalam hati : )

Selamat beribadah ^^

Wassalam.

For the details, check out these sources:
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Syaaban.html
http://wahyoutyas.wordpress.com/2008/08/23/puasa-syaban/
http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm
http://cheya.blogspot.com/2009/08/bulan-syaban.html
http://always-in-green.blogspot.com/2010/07/welcome-syaban.html